(CC-011-3:2012)
Pengenalan kursus
Kursus PPAKK merupakan kursus yang akan melatih dan membimbing para peserta bagaimana untuk menjaga, mengasuh dan mendidik bayi dan kanak-kanak umur 4 tahun dan kebawah. Pelajar akan didedahkan dengan pengajaran dan pengalaman sebenar mengasuh dan menguruskan kelengkapan serta keperluan bayi dan kanak-kanak yang akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang tersebut.
Syarat Kemasukan
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or PMR/PT3
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan ke-atas
- Boleh membaca, menulis dan mengira
Modul Kursus
- Rutin harian penjagaan awal kanak - kanak
- Pendidikan & Perkembangan Awal Kanak - Kanak
- Penarapan nilai sosial dan gelagat (perangai) awal kanak-kanak
- Pusat operasi sokongan penjagaan awal kanak - kanak
- Pentadbiran bantuan kecemasan
Pensijilan
Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil berikut:
- Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Tahap 3
- Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan profesional atau terus bekerja.