(CC-011-3:2012)  


Pengenalan kursus


Kursus PPAKK merupakan kursus yang akan melatih dan membimbing para peserta bagaimana untuk menjaga, mengasuh dan mendidik bayi dan kanak-kanak umur 4 tahun dan kebawah. Pelajar akan didedahkan dengan pengajaran dan pengalaman sebenar mengasuh dan menguruskan kelengkapan serta keperluan bayi dan kanak-kanak yang akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang tersebut.  

 


Syarat Kemasukan


  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or PMR/PT3
  2. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan ke-atas
  3. Boleh membaca, menulis dan mengira

Modul Kursus


  1. Rutin harian penjagaan awal kanak - kanak
  2. Pendidikan & Perkembangan Awal Kanak - Kanak
  3. Penarapan nilai sosial dan gelagat (perangai) awal kanak-kanak
  4. Pusat operasi sokongan penjagaan awal kanak - kanak
  5. Pentadbiran bantuan kecemasan

Pensijilan


Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil berikut:

  • Sijil Kemahiran Malaysia Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Tahap 3
  • Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan profesional atau terus bekerja.
Your Future Starts Here
Apply Now