enzh-CNms

Tuntutlah ilmu walau sehingga ke Negeri China. Berikut adalah perumpamaan yang biasa kita dengari sedari kita kecil lagi. Perumpamaan tersebut menunjukkan bertapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Namun, isu yang bermain difikiran kita dewasa ini ialah "Buat apa sambung belajar masa ni? BAHAYA la nanti kena Covid-19!!". Menuntut ilmu sebenarnya SAMA kepentingannya seperti mencari rezeki, ia merupakan salah satu yang perlu diteruskan walau ketika PKPB kerana kita perlu memastikan generasi kita terus berilmu dan berkemahiran tinggi di masa akan datang. Berikut antara sembilan (9) sebab perlu ambil peluang sambung belajar semasa tempoh PKPB/Pandemik!

 
 
Sebab pertama ialah Diskaun Yuran Pendaftaran. Hampir semua institusi pengajian tinggi (IPT) menawarkan diskaun yuran pendaftaran bagi mengurangkan beban kewangan pelajar. Malah ada IPT yang memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar kerana memahami kekangan yang pelajar harus hadapi sewaktu pandemik sedang berlaku. Peluang menyambung belajar dengan kadar yuran yang rendah seperti ini jarang berlaku sebelum pandemik, juga selepas pandemik ini berakhir. Oleh itu rebut peluang ini sebaiknya, kerana pisang hanya berbuah sekali saja. 
 
Berikutnya ialah Urusan Pendaftaran Secara Atas Talian. Sehubungan dengan arahan daripada kerajaan untuk mengurangkan pergerakan sewaktu pandemik ini, IPT mengambil inisiatif untuk melaksanakan proses pendaftaran secara atas talian bagi memudahkan urusan pelajar. Pelajar tidak perlu ke kampus untuk mendaftar sebaliknya mereka hanya perlu duduk di rumah dan pegawai IPT akan menguruskan prosedur pendaftaran pelajar hinggalah ke permohonan PTPTN. Kelebihan Pendaftaran Secara Atas talian ini bukan hanya membantu dari segi jimat kos minyak ke kampus tetapi yang lebih penting dapat mengelak daripada risiko dijangkit virus Covid-19. 
 
Tiada Yuran Hostel juga adalah salah satu sebab kenapa anda perlu untuk ambil peluang sambung belajar. Ini dapat membantu pelajar untuk berjimat kerana tidak perlu risau tentang pembayaran yuran hostel atau mencari bilik sewa kerana pelajar hanya perlu belajar daripada rumah. Sebagai pelajar anda akan lebih fokus kepada pembelajaran tanpa perlu untuk memikirkan tentang sewa atau yuran hoste yang perlu dibayar setiap bulan. Ini akan membantu anda sebagai pelajar untuk lebih fokus terhadap pelajaran tanpa risau memikirkan hal lain. 
 
Kita sebagai rakyat Malaysia amat beruntung kerana mempunyai kerajaan yang amat prihatin kerana memberi 'Data Internet' percuma kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif Kerajaan dengan berkerjasama syarikat Telco di Malaysia dengan memberikan 1GB Data percuma untuk semua pengguna 'Prepaid/Postpaid' di Malaysia supaya pelajar boleh berkuliah secara online. Maka dengan ini ia menjimatkan kos pelajar dari segi membeli data. Kemudian, Kuliah Secara Atas Talian juga merupakan antara sebab kenapa anda sebagai pelajar perlu ambil peluang untuk melanjutkan pelajaran. Hal ini kerana, Walaupun PKPB, semua sesi kuliah tetap diteruskan. Yang bestnya semua kuliah dijalankan secara langsung atas talian. Pelajar boleh hadir kuliah di rumah sambil duduk di rumah dengan lebih selesa. 
 
Seterusnya, Assignment atau Tugasan yang lebih Fleksible. Pensyarah akan berikan tugasan yang fleksible dan senang untuk mempermudahkan pelajar menyiapkannya di rumah, namun kualiti pembelajaran tetap sama seperti belajar dikampus. Ini kerana ia akan memberi anda peluang sebagai pelajar untuk belajar dan mengaplikasi kemahiran-kemahiran teknologi kerana anda akan menggunakan teknologi dalam pembelajaran anda seperti E-Book, E-Library dan lain-lain sumber rujukan dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada buku teks sahaja. Pada masa yang sama, belajar dari rumah secara atas talian akan memberikan anda Lebih Banyak Masa Terluang. Sebagai contoh pelajar dapat membantu keluarga di rumah sebagai contoh membersihkan rumah dan dapat mengelakkan daripada membazir masa seperti melepak bersama rakan, keluar tengok wayang, bermain permainan video hingga lewat malam yang boleh menjejaskan kesihatan & juga menyebabkan keputusan akademik merosot akibat aktiviti yang tidak berfaedah. Lebih baik masa yang terluang itu digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Pensyarah.
 
Kebaikan belajar pada masa krisis Covid-19 ini melanda juga adalah pelajar boleh melakukan Kerja 'Part-Time'.  Oleh sebab banyak masa terluang, pelajar juga boleh memohon buat kerja part time di rumah. Tidak semestinya kena kerja di luar. Pelajar boleh buat service online. Sebagai contoh Jual pakaian secara online, buat kelas tutorial masak kuih, atau boleh juga sebagai 'runner' sekiranya ada motor. Maka dengan ini anda bukan saja boleh berjimat tetapi pada masa yang sama anda boleh mencari pendapatan sambil belajar. Akhir sekali, sebab yang anda perlu fikirkan ialah pada tahun yang mendatang setelah pandemik pulih, Peluang Pekerjaan akan pulih semula dan ini peluang yang baik untuk anda sebagai pelajar kerana anda antara orang pertama yang akan mengisi beribu-ribu kekosongan jawatan yang telah dikosongkan sewaktu PKP. Peluang untuk mendapat pekerjaan lebih luar untuk anda berbanding rakan-rakan anda yang lain yang baru ingin mula menyambing belajar setelah Pandemik ini berakhir.
 
Kesimpulannya, krisis Covid-19 ini tidak harus dijadikan alasan untuk tidak terus menimba ilmu. Sebaliknya dengan krisis ini ia harus menjadikan kita lebih kreatif dan terbuka dalam menghadapi zaman yang mencabar ini. Marilah kita melihat penularan wabak Covid-19 ini dari perspektif yang positif, kerana ia mencetuskan semangat yang luar biasa bagi pihak pendidik dan juga pelajar yang gigih dalam menyampaikan ilmu  serta menimba ilmu. Sekiranya kita mampu untuk mengharungi cabaran dan krisis ini pastinya ia akan dapat membina modal insan dan pelajar yang lebih fleksible serta berkemahiran pada masa depan.
 
 
Tips Disediakan Oleh : Prof Madya Ahmad Massu Bin Ramli (Penolong Naib Chancellor, Hal Ehwal Pelajar NBUC) 
 

Latest News

  • DIGITALISASI +

    Tahukah anda? ada satu bidang kerjaya yang MELONJAK naik ketika pandemik. Di kala industri lain sedang berhempas pulas cuba untuk ‘survive’, pakar bidang ini jadi rebutan para industri. Apa yang penting sangat sehingga ia menjadi elemen penting semasa pandemik?‘DIGITALISASI’.Digitalisasi adalah trend sekarang. Semasa pandemik ini kita menyaksikan industri berebut untuk Read More
  • 7 APPS & HACKS - UNTUK PELAJAR UNIVERSITI +

    1. Google Drive + Kalendar GoogleGoogle Drive pada dasarnya USB maya anda. Anda boleh menyimpan bukan sahaja gambar atau video tetapi juga dokumen assignment anda. 2. TodoistTerdapat banyak aplikasi dan program untuk ini, tetapi Todoist adalah yang terbaik kerana anda boleh menyusun tugas-tugas dan projek serta merekod tarikh 'deadlines'. 3. UdemySekiranya Read More
  • Education scholarship worth RM35,000 for the winner of Unduk Ngadau Kaamatan 2021 from NBUC +

      Congratulations Maya Hejnowska & all winners of Unduk Ngadau Kaamatan 2021 ! Wish you guys all the best.   "...Hejnowska also picked up RM66,830 worth of prizes including RM25,000 in cash and an education scholarship worth RM35,000 from North Borneo University College, among others.."     #UndukNgadau #Kaamatan2021 Read More
  • Panduan Menghadapi Minggu ‘Study Week’ +

    Sekarang ini, hampir semua mahasiswa terutama sekali, mahasiswa ‘North Borneo University College’ sedang dilanda resah kerana musim peperiksaan akan tiba tidak lama lagi. Seharusnya, mahasiswa perlu sedar minggu ‘Study Week’ sememanganya bukan masa untuk bersantai-santai tetapi sebaliknya adalah masa untuk belajar di saat-saat akhir. Kali ini anda akan diberikan beberapa Read More
  • 7 Ways to Accept and Embrace Your Flaws +

    Let's face it, we're all flawed in some way. Yes, I did say it. We are all flawed in some way, shape, or type, and no matter how hard we try to deny, or prevent our flaws, they are often unavoidable. I speak from personal experience. Even a good day, Read More
  • NBUC Food Bank gives benefit to underprivileged students +

    As many as more than 300 North Borneo University College students will be benefit from the NBUC Students Food Bank Programs. This Programs was managed by Student Affair Division (HEP). implementing the Students Food Bank was very timely especially at a time when the global and local economic situation seemed Read More
  • MoU NBUC with Nuvis Sabah Training & Consultancy +

    12 Mac - Pusat Kemahiran Borneo dan Nuvis Sabah Training & Consultancy telah menjalinkan kolaborasi strategik dalam bidang solekan dan kecantikan dengan permeteraian Memorandom Persefahaman (MoU) antara kedua pihak. Majlis menandatangani MoU berlangsung di bilik mesyuarat 'Presidential Office' North Borneo University College - NBUC. Semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat menarik lebih Read More
  • UNIVERSITY INDUSTRIAL BUSINESS LINK (UiBL) +

    11 Mac - Jabatan 'University Industrial Business Link' (UiBL) - NBUC, pagi ini telah mengelola Majlis menandatangani MoU antara NBUC & Perkeso Negeri Sabah, manakala pada sebelah petang, NBUC turut menerima kunjungan hormat daripada Askar Wataniah. Warga NBUC menghargai kerjasama ini dalam memperkasakan Jabatan UiBL bagi membantu karier pelajar NBUC pada masa Read More
  • LEARNING STRATEGIES FOR THE NEW NORMAL : PHYSICAL CLASSES +

    Without a doubt, 2020 has been one of the hardest years for anyone, however by March 2021 despite with the current pandemic, colleges and universities will soon open their doors to students as announced by the Ministry of Higher Education Malaysia. Here are some strategies to help you prepare yourself Read More
  • MASUK IPT PADA MASA KRISIS COVID-19 ? +

    Tuntutlah ilmu walau sehingga ke Negeri China. Berikut adalah perumpamaan yang biasa kita dengari sedari kita kecil lagi. Perumpamaan tersebut menunjukkan bertapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Namun, isu yang bermain difikiran kita dewasa ini ialah "Buat apa sambung belajar masa ni? BAHAYA la nanti kena Covid-19!!". Menuntut ilmu Read More
  • 1
  • 2