Keratan Akhbar NBUC

KOTA KINABALU: Segmen pengajian berasaskan aeroangkasa adalah antara satu bidang yang mula mendapat perhatian dan dilaksanakan di pusat pengajian termasuk Kolej University Borneo Utara (NBUC) . Presidennya Prof. Datuk Sr Dr. Mohaizi Mohamad berkata usaha itu adalah bagi meningkatkan kemahiran profesional dan kebolehpasaran kerjaya khasnya untuk anak negeri Sabah. “Kita di sini (NBUC) sememangnya lebih kepada sebuah institusi pengajian yang mengutamakan skill professional dan ini selaras dengan apa yang disebut Kementerian Pengajian Tinggi. “Untuk itu, kita memperkenalkan program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat dan Diploma Pengurusan Kru Kabin dan untuk kedua-dua program ini, tempoh pengajian adalah selama dua tahun enam bulan dengan 13 modul pembelajaran yang meliputi silibus asas bagi teknikal, pesawat, perundangan berkaitan pesawat, komponen pesawat, tanggungjawab sebagai pengendali pesawat dan sudah pasti skill untuk ketrampilan diri seperti penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan bahasa asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa sesi sidang media sempena Majlis Perasmian Segmen Penyelenggaraan Pesawat dan One Borneo Sdn Bhd di sini pagi kelmarin. Menurut Mohaizi, NBUC setakat ini telah menerima 20 pelajar bagi Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat dan 60 pelajar bagi Diploma Pengurusan Kru Kabin. Katanya, pengambilan kesemua pelajar itu adalah bagi sesi tahun pertama kedua-dua kursus diploma itu diperkenalkan. Beliau juga memberitahu bahawa pihak NBUC turut merancang untuk melanjutkan lagi program tersebut ke peringkat pengajian bagi ijazah sarjana muda pada tahun hadapan. Sementara itu, CEO One Borneo Aerospace Sdn Bhd, Abdul Rahman Ahmad yang juga merupakan tenaga pengajar bagi program tersebut berkata setiap pelajar yang mengambil kursus pengajian tersebut diwajibkan lulus ujian yang meliputi semua modul dalam silibus yang dipelajari bagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan daripada Pihak berkuasa Penerangan Awam Malaysia (CAAM).

Katanya, One Borneo Aerospace Sdn Bhd adalah sebuah subsidiari NBUC yang diwujudkan bagi membimbing NBUC dari segi pembelajaran, latihan, pernilaian dan latihan industri, untuk membolehkan pelajar-pelajar layak bagi dianugerahkan lesen juruteknik sebelum mereka bertugas dalam industri penerbangan. “Di sini, untuk hari ini sebagai hari perasmian, kita akan tunjukkan sebuah model kapal terbang dan makmal avionik yang kita sediakan khas untuk tujuan pembelajaran para pelajar kita di sini. “Saya juga dibantu oleh rakan lain yang juga menjadi tenaga pengajar untuk kesemua modul bagi kedua-dua program diploma ini,” katanya. Tambah beliau lagi, para pelajar yang mengambil kursus-kursus tersebut akan mempelajari aspek teori bagi tempoh tiga semester pertama dan beralih kepada aspek kemahiran bagi melayakkan mereka diberikan lisen, iaitu pada semester empat dan lima.

NBUC juga telah mengatakan jalinan kerjasama dengan pihak MASWings dalam tujuan olahan silibus dan tenaga pengajar. NBUC turut mendapat suntikan semangat daripada Canselornya iaitu YABhg Toh Puan Datuk Seri Dr Norlidah. Sebagai rekod, NBUC merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang telah mendapat akreditasi dan ditubuhkan sejak tahun 2006 dengan nama Twintech International College of Technology dan telah dijenamakan semua pada tahun 2015 dengan nama NBUCNBUC terletak di Wisma Angkatan Hebat, One Borneo Mall, iaitu kira-kira 14 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

NBUC menawarkan 35 program pengajian bagi enam fakulti bermula pada peringkat sijil hingga ijazah doktor falsafah. NBUC juga turut menyediakan fasiliti kolej kediaman bagi pelajar-pelajar dan turut memberi bantuan kepada pelajar dalam kategori B40 iaitu pada tahun pertama pengajian. Bantuan tersebut ialah berbentuk bantuan makanan harian di Unicafe, yang mana subsidi makanan percuma diberikan kepada pelajar B40 dan usaha murni ini merupakan antara usaha untuk membantu meringankan beban keluarga dan pelajar khasnya yang baru mendaftar di NBUC. Sebarang maklumat lanjut tentang kursus pengajian atau info, anda boleh melayari laman sesawang di www.nbuc.edu.my atau hubungi NBUC di talian 088-218230/088-487230.

(Sumber Artikel Diperoleh daripada: NOOR ZAFIRA SHAFIE)

Latest News

  • NBUC Food Bank gives benefit to underprivileged students +

    As many as more than 300 North Borneo University College students will be benefit from the NBUC Students Food Bank Programs. This Programs was managed by Student Affair Division (HEP). implementing the Students Food Bank was very timely especially at a time when the global and local economic situation seemed Read More
  • MoU NBUC with Nuvis Sabah Training & Consultancy +

    12 Mac - Pusat Kemahiran Borneo dan Nuvis Sabah Training & Consultancy telah menjalinkan kolaborasi strategik dalam bidang solekan dan kecantikan dengan permeteraian Memorandom Persefahaman (MoU) antara kedua pihak. Majlis menandatangani MoU berlangsung di bilik mesyuarat 'Presidential Office' North Borneo University College - NBUC. Semoga dengan jalinan kerjasama ini dapat menarik lebih Read More
  • UNIVERSITY INDUSTRIAL BUSINESS LINK (UiBL) +

    11 Mac - Jabatan 'University Industrial Business Link' (UiBL) - NBUC, pagi ini telah mengelola Majlis menandatangani MoU antara NBUC & Perkeso Negeri Sabah, manakala pada sebelah petang, NBUC turut menerima kunjungan hormat daripada Askar Wataniah. Warga NBUC menghargai kerjasama ini dalam memperkasakan Jabatan UiBL bagi membantu karier pelajar NBUC pada masa Read More
  • LEARNING STRATEGIES FOR THE NEW NORMAL : PHYSICAL CLASSES +

    Without a doubt, 2020 has been one of the hardest years for anyone, however by March 2021 despite with the current pandemic, colleges and universities will soon open their doors to students as announced by the Ministry of Higher Education Malaysia. Here are some strategies to help you prepare yourself Read More
  • MASUK IPT PADA MASA KRISIS COVID-19 ? +

    Tuntutlah ilmu walau sehingga ke Negeri China. Berikut adalah perumpamaan yang biasa kita dengari sedari kita kecil lagi. Perumpamaan tersebut menunjukkan bertapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Namun, isu yang bermain difikiran kita dewasa ini ialah "Buat apa sambung belajar masa ni? BAHAYA la nanti kena Covid-19!!". Menuntut ilmu Read More
  • PENGAJIAN AEROANGKASA DI NBUC +

    KOTA KINABALU: Segmen pengajian berasaskan aeroangkasa adalah antara satu bidang yang mula mendapat perhatian dan dilaksanakan di pusat pengajian termasuk Kolej University Borneo Utara (NBUC) . Presidennya Prof. Datuk Sr Dr. Mohaizi Mohamad berkata usaha itu adalah bagi meningkatkan kemahiran profesional dan kebolehpasaran kerjaya khasnya untuk anak negeri Sabah. “Kita di Read More
  • BERCITA-CITA MENJADI USAHAWAN? +

    BERCITA-CITA MENJADI USAHAWAN ? BERIKUT PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU Bidang perniagaan boleh dikatakan sangat meluas kerana hampir setiap sektor seperti industri makanan, kesihatan, pakaian, servis dan perkhidmatan memerlukan orang yang pakar dalam bahagian ini. Jika anda mempunyai ciri-ciri seperti, Berminat dengan tugas-tugas berkaitan keusahawanan, Bercita-cita untuk menceburi kerjaya perniagaan samada Read More
  • PROGRAM ASASI DI SABAH +

    Tahukah anda? Program Asasi atau Foundation merupakan program IPT & Universiti yang memudahkan pelajar lepasan SPM untuk mengambil jalan singkat sebelum sambung belajar ke Degree. Kebiasaannya tempoh pengajian Asasi adalah selama 1 tahun hingga ke 1 tahun setengah, berbanding pengajian Diploma dan STPM yang mengambil masa 2-3 tahun. Program Asasi Read More
  • STAY STRONG +

    Seluruh negara dikejutkan dengan berita 300 pekerja salah satu syarikat penerbangan Malaysia ditamatkan perkhidmatan. Banyak industri lain juga terjejas termasuklah pelancongan dan perhotelan. Tapi kami YAKIN ada pelangi selepas hujan! 🌞. Kami YAKIN industri ini akan tumbuh seperti cendawan dan akan bangkit berkali ganda lebih teguh dalam masa 2,3 tahun dari Read More
  • TIPS FOR ONLINE EXAM +

    For some students, taking an online final exam might be a new experience. It may be a little confusing too as students do not know what to expect and how to prepare for it! Here are some tips which will help students ace their examination: Before the final exam: Know Read More
  • 1
  • 2