enzh-CNms

 

Tahukah anda? ada satu bidang kerjaya yang MELONJAK naik ketika pandemik. Di kala industri lain sedang berhempas pulas cuba untuk ‘survive’, pakar bidang ini jadi rebutan para industri. Apa yang penting sangat sehingga ia menjadi elemen penting semasa pandemik?

‘DIGITALISASI’.

Digitalisasi adalah trend sekarang. Semasa pandemik ini kita menyaksikan industri berebut untuk muncul di atas talian, media sosial, website dan di mana-mana secara online. Kemahiran ini bukan lagi sekadar penting dalam mana-mana industri tetapi ia telah menjadi WAJIB.

Disebabkan itu, syarikat industri memerlukan kemahiran pakar dalam digital seperti
✅Pakar Multimedia
✅Pereka Grafik
✅Pereka Laman Web
✅Digital Marketing
✅Video Editor
✅Pakar Pengiklanan
✅Content Creator

NAMUN sayangnya di kalangan anak-anak muda, masih kurang kesedaran mengenai kepentingan cabang kerjaya ini. Mereka berasa ia sukar, tidak minat, membosankan. Walhal, bidang ini pula semakin lama semakin menarik seiringnya kecanggihan gajet sekarang.

Apa yang bestnya kalau ceburi bidang ni
✅Boleh guna kemahiran untuk freelance
✅Boleh dibuat servis perniagaan sendiri
✅Boleh dibuat di mana saja anda berada
✅Peluang tinggi menjadi pakar media sosial
✅Jana pendapatan sendiri sehingga RM2000-5000 sebulan

Bertuahnya bila selepas habis belajar, boleh terus guna kemahiran yang ada untuk cari pendapatan, betul tidak?

Jom kita sebarkan dengan anak muda untuk ceburi bidang dan kemahiran ini. Bantu mereka buka minda seluasnya untuk bidang seperti ini. Semoga ia akan jadi satu usaha untuk bantu anak-anak & keluarga kita dari terus dibelenggu oleh pengangguran.


#MultimediaKreatif #digitalmarketing #GraphicDesigner #WebsiteDeveloper #VideoEditor 

 

 

#SHAPING25: Beyond Education
Explore the wide range of study areas at North Borneo University College
Register Now!