PROGRAM ASASI DI SABAH– FAST TRACK KE DEGREE

Tahukah anda? Program Asasi atau Foundation merupakan program IPT & Universiti yang memudahkan pelajar lepasan SPM untuk mengambil jalan singkat sebelum sambung belajar ke Degree. Kebiasaannya tempoh pengajian Asasi adalah selama 1 tahun hingga ke 1 tahun setengah, berbanding pengajian Diploma dan STPM yang mengambil masa 2-3 tahun.

 

Program Asasi adalah lebih kurang sama dengan program matrikulasi namun bezanya pelajar lepasan program Asasi telah ditetapkan untuk menyambung Degree di institut/universiti yang sama, manakala pelajar lepasan matrikulasi perlu untuk memohon melalui sistem UPU dan bersaing kemasukan dengan pelajar lepasan STPM, Diploma serta lepasan kelayakan setaraf.

 

Apa anda perlu tau tentang program pengajian Asasi?

  • Fast trackuntuk sambung ke peringkat Degree
  • Menjimatkan masa & kos pengajian
  • Pilihan program Degree harus bersesuaian dengan bidang program Asasi yang diambil.
  • Tidak semua IPT menawarkan program Asasi
  • Kelayakan masuk ke program Asasi adalah lebih tinggi berbanding kelayakan masuk ke Diploma
  • Tidak perlu memohon UPU semula kerana Universiti/IPT sudah menyediakan tempat untuk anda sambung ke Degree!

 

Kepada pelajar lepasan SPM yang berminat dengan program Asasi di Sabah, North Borneo University College ada menawarkan dua jenis program Asasi:

 

ASASI PERNIAGAAN

  • Tempoh: 1 tahun
  • Syarat Kelayakan: 5 kredit mana-mana subjek SPM + wajib lulus SPM termasuk subjek BM & BI

 

ASASI KOMPUTER

  • Tempoh: 1 tahun
  • Syarat Kelayakan: 5 kredit mana-mana subjek SPM termasuk Matematik + wajib lulus SPM termasuk subjek BM & BI

 

Kedua-dua program asasi ini melayakkan pelajar untuk sambung ke degree SELEPAS SETAHUN dalam mana-mana program Ijazah Sarjana Muda NBUC seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Penguatkuasaan Keselamatan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dan Resort Antarabangsa (Kepujian)

 

Terlalu banyak kelebihan dan penjimatan bila belajar asasi ni, jadi sangat beruntung jika anda melepasi syarat kelayakan masuk program ini. Jika anda berminat dengan program asasi ini, hubungi pegawai perunding pendidikan NBUC:

 

Mr.Ben: wa.me/60148512343/HelloMRBenNBUC
Ms.Nena: wa.me/601118880831/HelloMSNenaNBUC
Mr.Adam: wa.me/60196280715/HelloMRAdamNBUC
Ms.Vega: wa.me/60143524837/HelloMSVegaNBUC
Mr.Habibi: wa.me/60183694071/HelloMRHabibiNBUC
Ms.Nurul: wa.me/60109487136/HelloMSNurulNBUC

 

Atau anda boleh apply DI SINI 

Your Future Starts Here
Apply Now