BERCITA-CITA MENJADI USAHAWAN? INI PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU

Bidang perniagaan boleh dikatakan sangat meluas kerana hampir setiap sektor seperti industri makanan, kesihatan, pakaian, servis dan perkhidmatan memerlukan orang yang pakar dalam bahagian ini.

 

Jika anda mempunyai ciri-ciri seperti..

  • Berminat dengan tugas-tugas berkaitan keusahawanan
  • Bercita-cita untuk menceburi kerjaya perniagaan samada untuk syarikat lain ataupun ingin membangunkan syarikat perniagaan sendiri
  • Seorang yang berdaya saing, berfikiran luas, suka mencari idea-idea baru, berinspirasi tinggi.
  • Mempunyai minat dengan pengurusan, ekonomi, kewangan, perundangan dan pemasaran

 

..anda sememangnya sesuai dengan bidang perniagaan! Tapi satu perkara yang anda perlu tahu, anda silap jika anda beranggapan tidak perlu belajar tinggi untuk kuasai perniagaan. Untuk mengembangkan suatu perniagaan, anda perlu mendalami ilmu terutama yang berkaitan dengan pengurusan, perniagaan, ekonomi, kewangan dan perundangan.

 

Ada pelbagai kursus keusahawanan dan program yang dijalankan oleh kerajaan dan swasta untuk memberi ilmu mengenai asas perniagaan, tetapi kebiasaannya kursus ini dijalankan dalam jangka yang lebih pendek berbanding program pengajian tinggi seperti diploma. Program diploma menyediakan seseorang dengan asas bidang perniagaan yang lebih kukuh dan meningkatkan taraf kelulusan seseorang.

 

MATLAMAT PROGRAM DIPLOMA

Matlamat program diploma pengurusan perniagaan adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran asas dalam perniagaan. Pembelajaran yang disediakan adalah dari segi teori dan praktikal bagi memastikan pelajar bukan saja dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang ini tapi juga dapat menguasai kemahiran dalam dunia kerjaya sebenar.

 

PELUANG KERJAYA

Lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan berpeluang untuk dapat peluang kerjaya seperti

  • Eksekutif Pembangunan Perniagaan
  • Eksekutif Pemasaran Syarikat
  • Pegawai Pemasaran dan Jualan Syarikat
  • Pengurus Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana
  • Founder Syarikat anda sendiri

Di Sabah, North Borneo University College mempunyai Sekolah Perniagaan Borneo yang menawarkan program Diploma Pengurusan Perniagaan (2 tahun 6 bulan) dengan syarat kemasukan yang cukup mudah iaitu:

  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 subjek dalam mana-mana subjek.

 

Jom lihat apa kata pelajar lepasan bidang ini,

 

“Saya merupakan pelajar lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan di NBUC. Selepas graduate, saya berasa lebih yakin apabila pegi ke temuduga kerjaya kerana saya jelas dengan ilmu dan kemahiran yang ada dalam bidang ni. Satu hari nanti saya bercita-cita untuk bangunkan perniagaan saya sendiri”- Masitah Binti Alamin.

 

Jika anda berminat dengan diploma ini, hubungi kaunselor pendidikan kami:

Mr.Ben: wasap.my/60148512343/HelloMRBenNBUC

Ms.Nena: wasap.my/601118880831/HelloMSNenaNBUC

Mr.Adam: wasap.my/60196280715/HelloMRAdamNBUC

Ms.Vega: wasap.my/60143524837/HelloMSVegaNBUC

Mr.Habibi: wasap.my/60183694071/HelloMRHabibiNBUC

Ms.Nurul: wasap.my/60134404067/HelloMSNurulNBUC

 

Maklumat lanjut program: KLIK SINI 

Mohon secara online: KLIK SINI 

 Leave a Comment

 

Your Future Starts Here
Apply Now