STAY STRONG! KERANA KAMI YAKIN

Seluruh negara dikejutkan dengan berita 300 pekerja salah satu syarikat penerbangan Malaysia ditamatkan perkhidmatan. Banyak industri lain juga terjejas termasuklah pelancongan dan perhotelan.
.
Tapi kami YAKIN ada pelangi selepas hujan! 🌞
.
Kami YAKIN industri ini akan tumbuh seperti cendawan dan akan bangkit berkali ganda lebih teguh dalam masa 2,3 tahun dari sekarang.
.
Kenapa kami kata begini?

 

.
6 SEBAB UTAMA KAMI YAKIN DENGAN INDUSTRI PENERBANGAN, PELANCONGAN DAN PERHOTELAN:
.
1. EKONOMI AKAN SEMAKIN PULIH. Seiring dengan keadaan Covid-19 yang semakin pulih, begitu juga dengan semua industri lain. Kesemua industri termasuklah penerbangan, pelancongan & perhotelan akan bangkit semula dengan lebih kuat!
.
2. STRATEGI UNTUK BERTAHAN. Kita maklum ramai pekerja terpaksa diberhentikan ketika ini. Ia menyedihkan, tapi jika anda di tempat mereka yang menguruskan suatu perniagaan, anda akan faham bahawa ini adalah salah satu strategi bagi mengelakkan premis atau perniagaan tutup sepenuhnya! Bak kata orang, kalau ada dua pilihan buruk, kita akan memilih strategi yang mempunyai kesan buruk yang paling minimum untuk terus bertahan. Betul tidak?
.
3. PERSAINGAN SIHAT SYARIKAT PENERBANGAN. Kita semua tahu syarikat penerbangan Malaysia boleh dikira dengan jari. Suatu hari nanti, ini akan menjadi semangat bagi syarikat penerbangan khususnya untuk bangkit semula menjadi yang terbaik dan bersaing antara satu sama lain secara sihat.
.
4. KEINGINAN = PERMINTAAN SERVIS. Manusia dan keinginan tidak dapat dipisahkan. 2 atau 3 tahun akan datang, sewaktu negara dan dunia mulai bebas dari virus ini, banyak sektor akan semakin membangun semula, maka akan ada permintaan bagi servis ini. Pasti akan ada yang perlu untuk menaiki penerbangan, akan ada yang ingin melancong semula, akan ada yang perlu hotel untuk menetap ketika melancong!
.
5. SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA. Sokongan semua lapisan masyarakat tempatan untuk memajukan industri pelancongan dan hospitaliti tempatan. Terokai Khazanah Tempatan. Kalau bukan kita siapa lagi?
.
6. INSPIRASI DARI KISAH PENUBUHAN AIRASIA. Siapa tidak kenal Tony Fernandez yang telah menubuhkan syarikat Airasia ini? Jika anda kenang kembali sejarah penubuhan Airasia, ia terbina di kala Tony sendiri terpaksa menanggung segala hutang syarikat dan ketika terjadinya insiden 9/11 yang menyebabkan jumlah penumpang kapal terbang semakin menurun. Tapi Tony sendiri bukan seorang yang patah semangat, beliau seorang yang berani mengambil risiko. Tidak ramai pihak yang mempunyai keberanian seperti beliau untuk mengubah nasib Airasia ketika itu
.
Bertemakan “Now Everyone Can Fly”, Airasia sendiri telah banyak membantu rakyat, menaiki penerbangan dengan tambang termurah. Sudah ramai yang mampu bertemu keluarga jauh, bekerja mencari pendapatan di luar kawasan dengan lebih mudah.
.
Dengan ujian dan halangan Covid-19 ini, kami yakin syarikat penerbangan, perhotelan dan pelancongan akan bangkit lebih teguh dari biasa!
.
Fahami situasi, kita sama-sama berusaha membantu dan menyokong industri-industri ini untuk bangkit suatu hari nanti!

Stay strong! KAMI YAKIN!

#Penerbangan #Perhotelan #Pelancongan

Your Future Starts Here
Apply Now