NBUC Wujudkan Hubungan Dengan Kerajaan Sabah Bersama Industri Dalam Dan Luar Negeri

KOTA KINABALU: Isteri kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni memuji North Borneo University College (Kolej Universiti Borneo Utara) di sini kerana mewujudkan hubungan dengan kerajaan Sabah bersama industri dalam dan luar negeri bagi sama-sama menyumbang kepada kegemilangan akademik menerusi Pelan Perkongsian Strategik.

     Norlidah yang juga Canselor NBUC berkeyakinan menerusi kerjasama pintar itu, boleh menguntungkan serta memberi manfaat kedua belah pihak mahupun kepada masyarakat setempat. "Saya amat yakin NBUC mampu menjadi Sebuah institusi pengajian tinggi yang terbaik di Sabah". jelasnya ketika berucao pada majlis Konvokesyen NBUC kali ke-2 di Dewan Magellan Sutera Harbour Kota Kinabalu pada 14 November 2019. 

    Menurutnya, segala kepayahan, pengorbanan dan usaha bertungkus lumus menimba ilmu sepanjang pengajian di NBUC telah terbalas dengan segulung ijazah yang menggembirakan keluarga (ibubapa) kerana anaknya mampu menggenggam kejayaan yang membanggakan. "Saya mengharapkan para graduan yang diraikan akan terus beriltizam untuk mengamalkan ilmu yang telah diperolehi bagi menumbang inovasi pembangunan negara. "Jadilah graduan yang berakhlak mulia, bersemangat waja dan beretika dalam mendepani kehidupan masa depan", tegasnya.   

    Sempena Konvokesyen itu, seramai 600 orang pelajar termasuk 4 orang penerima Honorary Professor Adjunct serta empat orang lagi penerima Honorary Doctorate (PhD) Award yang telah disampaikan Norlidah. Turut Hadir pada majlis itu, ialah Presiden Geomatik Edu Group, Prof Sr Dr Mohaizi Mohamad, Naib Canselor NBUC, Prof Dr Chin Yuk Fong, CEO NBUC, Prof Madya Doretty R. Jiroh, Rektor Geomatika Kolej Keningau, Prof. Wan Shah Bany Bin Wan Ishak, para Penyarah NBUC bersama ribuan ibu bapa. 

 

(Sumber : Utusan Borneo, Sabah)

More Related Articles :

_____________

 Leave a Comment

Your Future Starts Here
Apply Now