enzh-CNms

17 Nov - NBUC berbesar hati menerima kunjungan daripada Peserta-Peserta dan AJK Mr Kaamatan State Level. Bersempena Majlis Penyerahan Mock Cheque dan Hadiah Wang Tunai, Mr. Kaamatan 2021. NBUC menaja Biasiswa Pendidikan serta Wang Tunai buat pemenang Mr. Kaamatan yang bakal dinobatkan pada 20 November 2021 ini.

 
Penyerahan Mock Cheque telah disempurnakan oleh Prof. Madya Doretty R. Jiroh (C.E.O NBUC) kepada Mr. Casey Jovial (Pengerusi MRK Negeri Sabah). Turut memeriahkan majlis, Prof Madya Ahmad Massu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, NBUC).
 
Warga NBUC yang budiman mengucapkan Semoga Berjaya dan Selamat Maju Jaya kepada peserta-peserta yang bertanding dalam Mr. Kaamatan 2021.
 
 
#SHAPING25: Beyond Education
Explore the wide range of study areas at North Borneo University College
Register Now!