enzh-CNms

Sekarang ini, hampir semua mahasiswa terutama sekali, mahasiswa ‘North Borneo University College’ sedang dilanda resah kerana musim peperiksaan akan tiba tidak lama lagi. Seharusnya, mahasiswa perlu sedar minggu ‘Study Week’ sememanganya bukan masa untuk bersantai-santai tetapi sebaliknya adalah masa untuk belajar di saat-saat akhir. Kali ini anda akan diberikan beberapa tips yang akan dikongsikan untuk persiapan sebelum ‘Exam’ bermula.

  1. Bertenang dan Selesaikan Perkara Yang Perlu

Sesetengah pelajar akan jadi panik dan kelam kabut sebab ada banyak benda belum disiapkan contohnya ‘Assignment’ belum siap, ‘Assignment’ tidak di hantar lagi, dan waktu minggu ‘study week’ baru kelam kabut untuk siapkan semua. Oleh itu, anda perlu pastikan semua ‘Assignment’ telah diselesaikan dan beres. Kemudian anda boleh menumpukan sepenuh perhatian dan fokus kepada ‘study’ saja di minggu ‘study week’ ini dan tidak perlu memikirkan perkara lain.

 

  1. Pastikan Nota Anda Lengkap dan Teratur

Anda perlu pastikan segala nota lengkap dan teratur. Ini kerana kebanyakan soalan peperiksaan akan berkisarkan nota-nota yang anda pelajari sepanjang waktu kuliah sebelum ini.

 

  1. Luangkan Sedikit Masa Untuk ‘Study Group’

‘Study Group’ sangat membantu dalam persediaan sebelum ‘exam’. Anda boleh menggunakan masa yang ada untuk saling tolong-menolong antara kawan-kawan. Contohnya meminta kawan anda untuk bertanya soalan kepada anda dan anda pula bagi jawapan, begitulah sebaliknya, Cara ini sangat sesuai untuk subjek yang perlu banyak menghafal. Tapi ada sesetengah pelajar yang lebih suka belajar sendiri sepanjang minggu ‘study week’ itu.

 

  1. Jaga Kesihatan

Ini sangat penting, kerana kita tidak mahu jatuh sakit ketika minggu peperiksaan, maka pastikan anda menjaga kesihatan betul – betul. Kalau rasa sakit cepat jumpa doktor untuk elakkan sakit tersebut melarat.

 

  1. Tidur dan Bangun Awal ketika waktu Peperiksaan

Kebiasaanya bila masuk minggu ‘study week’, tidur akan jadi tidak menentu kerana ada yang kalau boleh 24 jam ingin belajar semata – mata. Jadi pastikan tidur yang cukup untuk pastikan keesokan harinya anda rasa segar dan semangat untuk belajar. Sehari sebelum peperiksaan, kena pastikan tidur awal dan bangun awal kerana biasa terjadi sehari sebelum peperiksaan akan ramai yang tidak cukup tidur.

 

  1. Berdoa

Ini persediaan untuk rohani, pastikan anda berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Usaha dan berdoa telah anda lakukan, akhir sekali tawakal. Insyaallah semua akan baik-baik saja.

Kesimpulannya, Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan. Semoga tips atau panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam pembelajaran anda.

Your Future Starts Here
Apply Now